Thursday, April 15, 2010
letting go is never easy.
the next step would be much easier,
and the next one,
and the next one.
until you let it go completely.
so dont make me.
p/s: macam co-operativity. sama je la cmtu. :p
Monday, April 12, 2010
jarak dan masa memisahkan alex dan mansurah. memisahkan kita berdua.
cmne boleh salah orang. huhu.
thanks for calling.
bukan waney je yg release tension. hur pun sama.
kalau dulu, waney slalu ada dalam bilik, boleh cter pape setiap masa,
sekarang dah tak boleh. :(
tapi takpe. sebab kita masih berada di atas tanah bumi anbia yang sama.
memang ada jodoh la kita. :)
btw, cerita waney sgt memberi inspirasi. hur tau, hur kene bukak langkah. tak boleh duduk diam diri. dah tak boleh dah. hur nak jadi macam waney, insyaAllah.
p/s: datang la cepat alex. hur tau waney busy (org kuat mansurah kan), tapi boleh tak luangkan sedikit masa anda yang berharga bersama ku. :) good luck for your upcoming midterm
mansurah ngn alex takde la jauh sgt. huhu.
Saturday, April 10, 2010
ada apa dgn 8?
saya lahir bulan 8.
kalau ikut orang cina, ongg punya number.
bagi saya pun ongg juga.
jgn salah anggap. saya tak kurafat. :P
masa tu saya kat UM. wah, tuhan je tau betapa bangganya saya dapat UM. sebab tu U abah saya. dia suka gila bila saya masuk UM. maka dia akan start cerita pasal zaman dulu2 masa dia macho dulu.
biasalah, dah kata rumah saya 15 minit dari UM. maka saya pun daftar awal2. semangat kan. tu yg dapat tingkat paling tinggi skali. tingkat 8. sib baek ada lift. tapi seyes, masa tu tak biasa ngn lift lagi. memang kepala rasa macam kene pusing bila naek lift tiap2 hari.
ni la nak cter ap yg best kat tingkat 8 UM ni.
1) paling tinggi. paling cantik view. especially nampak tasik.
2) bukan tasik je yg nampak. maka kami nampak budak2 laki punya bilik. ye. bilik saya straight dgn budak laki. bukan gatal. tapi kdg2 "terrrrrrrrr"usyar. maka, nampak la segala yang tak patut.

3) tapi view klcc yang tak boleh bla. mak aih, cantik gile klcc pada waktu malam. mmg bilik saya tu paling strategik skali klu nak tgk the romantic view of klcc. haha. memang boleh layan jiwang. :p
bukan je bilik yang best. dah kata rumah dekat. maka saya jadi sangat mengada dan manja. sabtu ahad tak penah duk kat bilik. konfem balik. balik bilik malam pukul 11 ke 12 ke. abah hantar. lepas kuar dgn diowg.
petang2 plak, kadang2 abah dtang bila balik dr office. saja belanja teh tarik. borak2. abah pun sebenarnya msti rindu zaman muda. tu yang slalu dtg tu.
you cannot blame me. dah lama sangat saya rasa asik duk kat asrama. lepas kuar dari muar, saya bertekad taknak jauh dari family. bila dapat UM, it was like a dream come true. maka semangat saya sgt berkobar2 utk dapat 4 flat tuk stay kat UM amik medik. overseas? i'd never even thought of it. memang tak minat.
tapi, memang Allah tak nak bagi saya mengada. asik duk bawah ketiak mama abah je. maka, saya dapat tawaran lah g sini. dah kata sume ditanggung free. takkan nak tolak. pastu, tak payah susah2 nak dpt 4 flat, trus dapat medik. it was kinda hard decision to make. sbb i'd never wanted to leave my family anymore. tapi, Allah tahu yang terbaik.
setibanya saya di sini, maka pabila di ARMA, mereka membahagi bilik kepada sumeorang. semua budak ksp punya nama dah sebut. saya risau, sebab nama saya takde. tengok, nama saya sesat last skali bersama ili ngn iezzaty. tingkat 8. memang ada jodoh betul la dgn 8 ni. tapi mula2, saya takut. sebab saya jauh dr gemuk2 yang 4 orang tu. saya takut kalau saya sorang. saya tak biasa dgn ili n iezzaty. diorang nampak macam baik sgt. saya takut saya tak boleh masuk dgn diowang. dah la otw ke alex, saya laen bas dgn gemuk 4 orang tu. saya rasa sepi. sendiri. keseorangan. time tu, kenal lagi dgn sorang lagi roomate, hakimah. pun nampak mcam baik. camana ni? saya takut dgn orang baik. :p
lagi sekali, Allah tahu apa yang terbaik. dia nak saya campur dgn sumeorang. supaya boleh banyak lagi belajar. maka, walaupun kekok pada mulanya, saya tak tau nape, tapi saya boleh masuk dgn diorang dlm masa sekejap sahaja. maka, saya officially, sayang roomies saya. bukan 3 sahaja roomies saya. lepas tu, saya ada additional 3 lagi roomies. fana, nad dgn areqa. ada yang siap angkut laptop, saratoga, sume la naek. :P. kadang2, anis, diba dan in pun join skali. memang bilik paling bising kat tngkat 8 tu. boleh katakan, masa itu saya sgt bahagia. dilimpahi kasih sayang yang mencurah-curah. maka penyakit mengada saya dtg kembali. sebab roomies saya sume suka manjakan saya.



sebab saya suka tido, bila bangun mesti ada orang cakap "hur, jom makan". tu yang gemuk tu. klu bangun tidur, msti dah ada orang siap masak. bahagia nya. mmg bahagia. saya jadi manja. manja dgn mereka semua. macam tuan puteri. sume dah tersiap sedia. kalau bad mood skit, orang dah tanya, "hur ok x?", "kenapa sedih ni?", "ada pape yg kita boleh tolong?", "awak nak pegi mana, awak cakap je", "nak coklat?", "tak paham ke, meh kita ajar awak".
tido pon ramai2. sampai saya dah tak biasa tido sorang. kalau sorang, saya tak leh tido. saya kene tido sempit2 jugak. baru lena. :)
sebab tu, sekali lagi Allah bagi saya peluang untuk mematangkan diri. sebab saya kene pisah dgn diorang. saya tahu saya mengada. nak orang ngada-ngadakan saya. tapi lepas ni, saya kene carik jalan saya sendiri. sebab saya percaya, sekali lagi, Allah tahu apa yg terbaik utk saya. oh, silap. Allah sentiasa tahu apa yg terbaik. saya kene kuat doa je lagi. maka hur dah tak boleh ngada dan manja.
kepada sesape yang suka manjakan saya, saya sangat berterima kasih. sebab saya rasa saya jarang di manja. tapi sebenarnya ramai je yang manjakan saya. kepada roomies tngkat 8 asMARA, sama ada yang official atau tidak, saya rindu kamu semua. walaupun jauh di mata, tapi anda semua sentiasa berada di dalam mediastinum saya. dan anda tidak dapat kemana-mana.


dan kepada housemates sekarang, saya tetap sayang kamu. dari sejak pertama kita bertemu di KSP, sehingga sekarang, mahupun pada masa akan datang. walau apa pun yg terjadi, walau apa pun yang orang kata, walau apa pun tindakan gila yang saya ambil, just remember, i will always love you. and that i can assure you 100%. :)



browsing at our first year pics got me thinking, cerita 1st year laen, 2nd year laen, 3rd year pe cer plak? huhu.
Thursday, April 8, 2010
Wednesday, April 7, 2010
a box
and lock it safely
when i'm in need of you
i knew i'll find you there.
but my, it was a surprise,
to find that you were not there,
that is when i realise,
you come and go as you may.
dah jodoh
break up.
sedih.
mamat baru patah hati.
"nak kawin tak ngan aku?" tanya mamat.
kata minah,
"nak, nak".
and they live happily ever after,
or not.
lalalala. have a great day. :)
Tuesday, April 6, 2010
get the hell have you been concentrated.
Monday, April 5, 2010
kenapa?
status kau tuk sapa hur?
post ko kat blog utk sapa?
jgn risau. tak kesa pun kalau nak tanya.
but let me make this clear once and for all.
my status and posts, semua ditujukan, kepada orang yang hanya saya, dan hanya saya yang tau.
no one else.
boleh jadi status tu saje2, atau mmg ada makna.
tapi stop making vain assumptions.
what's in my mind, is not in yours'.
because i'm not into gossips and controversies anymore.
you can find someone else for that.
i'm wayyy over it.
:P
Sunday, April 4, 2010
optimism
Hur: i'll try
Mama: try HARDER OK
it's very tiring. i know. it's a tiring week for everyone.
some of us have to wake up at 5 am.
get out of the house at 7 am.
chase the tram.
walk from the tram station which is miles away from the campus.
at the end of the day, probably at 4 the earliest,
or 6 , or 8 (bila dah stat icdl nanti),
it's a good thing that now is spring,
at least all the flowers make your heart flutters.
then you came back home you have to cook some more.
pastu, yup. you just collapse on your not so comfy bed.
pastu, if you're determined and strong enough,
you might woke up to study.
if you are STRONG enough. :P
tiring kan. it makes you go hot tempered. stressful.
depressing. emo. whatever la.
tapi kan, think of the bright side.
like the brightest ever.
lagi jauh kita jalan ke u, lagi banyak pahala kita dapat.
sbb kita nak tuntut ilmu, every step we take, dah dapat pahala.
lagi penat, lagi banyak pahala kita dapat.
semua yang kita buat, bila on the way atau pulang dari menuntut ilmu, semua akan dpt pahala insyaAllah. termasuklah makan kita, minum kita. semua la.
at first, i did complained.
kenapa surau lelaki dekat. nape tak leh buat surau perempuan jugak dkat2.
kiteorang kene berlari pegi masijid kadang2.
takpun solat kat patho museum tu.
bila pk balik, mmg allah saja letak dugaan kita, wanita, lebih sikit,
supaya kita dapat lebih pahala.
bukan lah nak ckp laki dapat sikit pahala, tu kene tengok jugak solat dia sume.
sapa yang duduk jauh dari u tu sume lagi untung.
lagi jauh, lagi banyak pahala.
tapi nak kene ikhlas dan sabar la. tak leh banyak sangat merungut.
kalau terrr takpe la. pastu istighfar balik.
bila dugaan tu lebih, take it as an opportunity for you to make more pahala.
bila niat betul, insyaAllah dapat ganjaran.
kalau tak sekarang, nanti2. kene percaya je. :)
as i said before to one of my friend,
sekarang ni kte in an adapting phase, ke acclimatization? haha tak kesa la.
whichever yang suits la.
lama-lama kita pun dah biasa, dah takde hal da.
penat pun dah tak.
so, optimistic everyone. which i'm saying to myself. sebab i know i just love to complain. and this definitely need to stop.
Friday, April 2, 2010
for you. :)
How many times
Are you gonna take it
Look in my eyes
Help me make this make sense
Night after night
You sat up and cried
Wondering when you're gonna see things clearer
You don't even realise
That at this very moment
You're talking to yourself in the mirror
It's true
So you think I'm strong but you're feelin that you're weak
Baby I'm you
But we're one in the same so you're just as strong as me
Baby I'm you
And we deserve better it's time for us to leave
You know what to do
Cause I'm not a fool
So neither are you
Baby I'm you
Oh you're not crazy
If only you'd realise
That you and I
Have all the help we need
So why are we sitting here on the floor
(listen to me)
We ain't cryin no more
I am your soul
I am your heart
My strength is yours (Oh my strength is yours)
So pick yourself up right now
We've been here too long
We've overstayed it enough
That might have been
It's been a long time gone
So wipe away the tears
Ain't nothing for us here
The time has come to move on
Oooohhhhhwwww
Baby we deserve better
And we're far too strong
To let this go on
Baby I'm you
untuk masa hadapan yang lebih cerah
http://www.nube.org.my/pd/petitionE.aspx
for the betterness of humanity.
for our own happiness di masa akan datang juga.
whether you're a man or a woman, everyone will benefit from this.
akhir kata,
spread the love ya'lll. :p
Wednesday, March 31, 2010
kan dah cakap hur ok. ni buktinya. :P
dear mama and abah,
and my other 3 moks moks.
dah sebulan hur tinggal rumah,
eceh mcm lama gila. :p
so, here kak hur reporting live from alexandria,
of how great i am doing here. :)
1st sekali, kiteorg dah tukar u baru. ok. takde gambar u baru. dekat lagi ngn umah hur. about 15 minutes kalau jalan relax2. tapi aritu hur berlari dgn baju kurung smpai nampak betis sume kira2 5 minit je. so, klu nak kuar umah pukul 7.55 am pun smpat je sebenarnya insyaAllah. huhu.
pastu kite orang ada futsal. hur rasa hur dah citer kan. diorang ni agresif betul. macam main rugbi pon ada. but then again, maybe i was too soft. ke? haha. anyway, we made it to finals. esok. wish me luck. :) well, at least doakan hur tak de kecederaan or watsoever insyaAllah.
section 1 buat partayyy. it was simple, but a memorable one. owh. and yes. i did the muffin. it was not that perfect. but i'm completely happy. sebab it was made out of my love for the section mates. :)
pastu, this is my best part. spring is here!!! yes. my bestest bestest season of all. you guys should come here and watch all the wonders with your own eyes. sgt cantik. i dunno why, dia mcam pierce straight to my heart while watching all the flowers blooming brightly and gorgeously. cantik gila. i'd captured a few shots. setelah dah lama tak berphotography. guess i'm back. walaupun tanpa dslr. :)
sorry byk pic. dah takde fb kan. kene la upload sini. :P
seee, told you i'm ok. jangan risaukan hur kat sini. i'm much more concern with you guys over there. i'm surrounded with all sorts of beauty and love is all around me. so much love to receive, so much love to give. alhamdulillah.
so, this is Hur Azmi, again reporting live from alexandria, far away from you, but so close to each and one of your hearts. :)
p/s: i miss you. and i so do love you. :)
i'm ok. i really am.
saya ok. saya betul2 ok.
jangan risau.
saya takkan pendam sampai mental. hahaha. saya tahu tahap saya.
i'm just in an adapting phase.
insyaAllah nanti ok.
i have to be ok, for the ones i love.
:)
and i love you more. no matter how many times you tell me that you love me. :)
Tuesday, March 30, 2010
run baby run.

i'll run.
run as fast as i can
runaway from everyone.
runaway from myself.
i'd ran during pbl.
i'd ran along the coast.
i'll run
run to where my short feet leads me to
i'll pause at times
when my heart cant take it anymore
or my lung cant respire anymore.
but i'll never stop.
never stop.
:)
credit to in. http://syafinaz-aliiz.blogspot.com/
thank you. :)
Friday, March 26, 2010
firm
tolonglah hur. for once in your lifetime, tolong jadi firm pada diri sendiri.
Wednesday, March 24, 2010
i do.
Monday, March 22, 2010
^
Friday, March 19, 2010
patch adams.
i straight away dowloaded this movie. pastu tengok balik. and my oh my, i completely forgot about this great great movie. it is one of the most inspiring, motivational, moving, touching movie of all.
if you really thought of being a doctor, you should, i mean must watch this movie. if you'd watched it before, watch it again, and again.
it's based on a true story, and if you care enough to wiki it, you know more.
Our job is improving the quality of life not just delaying death
“If you focus on the problem, you can’t see the solution. Never focus on the problem.”
“Every human being has an impact on another.”
“You treat a disease, you win, you lose. You treat a person, I'll guarantee you'll win.”
see what no one else sees, see what everyone else chooses not to see…out of fear, conformity or laziness. see the world anew each day. See what others chose not to see.
I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly without complexities abide. I love you because I know no other way then this. So close that your hand, on my chest, is my hand. So close that when you close your eyes, I fall asleep.
and my best part is:
i want to become a doctor so that i can serve others. and because of that i lost everything, but i gain everything. i shared the lives of patients and staff members of the hospital. i laugh for them, i cry for them. this is what i want to do with my life. and with god as my witness, no matter what the outcome of your decision, i will still become the best damn doctor in the world has ever seen. you have the ability to prevent me from graduating, you can keep me from getting the tittle and the white coat, but you can't control my spirit gentlemen. you can't keep me from learning, you can't keep me from studying.
this is what i want to do with my life.
and yes. this is robbin williams's best movie yet.
Wednesday, March 17, 2010
madah dan pujangga bersama mu. :)
Dialog tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. Hanya lakonan semata-mata.
untuk kesinambungan cerita sila ke laman ini. :p
T: jika kau menistakan kata2 mu
T: akan ku belah lautan berapi
T: ku robek hati yang lara
T: agar langit kembali tersenyum
H:sungguh manis kata-kata mu itu kanda
H: mampu buat dinda tersenyum buat masa yang lama
H: tapi apakan daya
H: kata2 kanda itu hanya buat sementara
T: sudah la
T: usah tersenyum tanpa brey zes mu
T: kanda x sudi melihat
T: tanpa besi2 dan geriji di gigi
T: manakan nampak silau cintamu itu
T: kanda lebih suka menatap wajah dinda jika masih bergeriji seperti dulu
T: kilauan lebih menyerlah
T: dan lebih yakin kanda kanda pada kasih dinda
H: apakah kanda tidak dapat menerima dinda seadanya?
H: hancur hati dinda mendengar madah2 mu ini kanda
H: seakan-akan kasih kanda pada dinda selama ini dusta belaka
H: masakan itukah kanda mencari dinda yang lain?
H: meninggalkan dinda keseorangan
H: semata-mata kerana dinda sudah tidak ber breyzes lagi
T: maaafkan kanda
T: kasih kanda hanyalah pada besi2 di gigi dinda
T: setelah di cabot
T: kanda tawar hati
H: sudahlah kanda
H: jika hanya sedalam itulah kasih kanda pada dinda
H: sampai sini sahajalah hubungan kita
H: cinta dinda pada kanda tidak disandarkan di atas apa2
H: hanya sebuah kasih yang cuti
H: malangnya tidak terbalas oleh kanda
T: cuti?
T: cuti?
H: *suci
H: silap2
H: hahaha
T: maafkan kanda
T: kanda x setia
T: setelah kanda mmpunyai isteri2 yang makin ramai
T: kanda keliru
H: takpe
H: dinda paham
H: dinda ingat kanda lain dari kekanda-kekanda yang lain di luar sana
H: rupanya kanda pun hanya manusia biasa
T: erk
T: kanda2 lain
T: ??
T: kau nusyuz!
H: owh
H: dinda ckap pasal kanda lain, kanda marah
H: owh, kanda curang takpe
H: dinda curang tak boleh
H: kekanda-kekanda tu mamat2 di luar sana
H: dinda membuat perbandingan kanda dengan mereka
H: rupa-rupanya kalian bergelar lelaki semua sama sahaja
T: kanda diharuskan berpoligami
T: kerana ingin mmbela nasib wanita2 malang diluar sana
H: sudahlah kanda
H: itu hanya alasan kanda
H: kalau niat kanda memang sebegitu ikhlasnya
H: dinda redhakan sahaja
H: dinda hanya mampu mendoakan kanda dari sini
H: dinda tidak sanggup bermadu kasih kanda
H: dinda tidak sanggup
T: erm
T: kini dinda pandai berkata2 ye
T: makin ku ragui kesetiaan dinda
T: tp
T: x pe lah...
H: haha.
H: jangan khuatir kanda
H: dinda setia menunggu kanda
H: tapi jikalau kanda mempermainkan perasaan dinda
H: ataupun dinda-dinda yang lain
H: nantikan lah keris taming sari dari kami
H: dinda hanya harap kanda berlaku adil sahaja terhadap kami (dinda-dinda sekalian)
T: baiklah.....
T: hhmm
T: nasihat kan dinda areqa untuk menghafal skrip
T: esok sudah masa nya
H: baiklah
H: perbualan kita hari ini rahsia
H: takut dinda yang lain attack dinda nanti
H: mati dinda kena belasah
T: baiklah
T: kanda bersumaph
T: *sumpah
T: jikalau dinda sendiri yang mmbocorkan rahsia ini
T: kekanda akan menyusul adinda
T: meminjak pada tanah yang sama
T: bernafas pada udara yang sama
H: dinda akan ingat kata-kata mu kanda
H: walaupun satu hari kita akhirnya akan berpisah jua
H: namun kenangan bersama takkan dilupa
H: ngee
perbualan terpaksa dihentikan kerana kanda kena menyiapkan juadah berbuka puasa. :P
Tuesday, March 16, 2010
:(
kalau ajal dan maut itu di tangan-Mu
kalau ajal dan maut itu tak dapat dihalang,
kalau ajal dan maut itu sudah tiba,
kau jemputlah nyawa ku dalam keadaan ku bersedia dan beriman.
hanya kau lah tahu apa yang terbaik.
bukan untuk diriku sahaja, tapi bagi orang di sekeliling ku,
malah bagi seluruh umat manusia.
Biasanya kematian datangnya berturut-turut. mungkin bukan dalam hidup anda semua. tapi ianya bagi saya. kali terakhir saya mengalaminya semasa saya sekolah rendah dahulu. seorang demi seorang yang rapat dengan saya pergi meninggalkan dunia untuk selamanya. walaupun saya masih kecil, saya sudah paham. mungkin kerana saya yang sulung, ibu bapa saya tidak pernah menyimpan rahsia dari saya. mereka akan memastikan saya faham, apa makna kematian, apa makna kehidupan. kenapa orang meninggal, lepas meninggal pergi mana. maka, efek orang meninggal dunia amat mendalam pada saya.
saya melihat orang yang tersayang menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan saya.
melihat allahyarham mengerah segala kudrat untuk mengucap dua kalimah syahadah.
melihat sekujur badan yang sudah tidak bernyawa.
melihat jenazah dimandikan, dikapankan.
apatah lagi, orang tu yang kita sayang.
orang yang kita kenal.
lagi sedih, kalau kita tak sempat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.
saya ingat masa saya umur 5 tahun, abah kepada abah saya meninggal. (atuk)
dia meninggal kat mekah.
abah saya sangat sedih. tapi dia tak nangis. saya tak pernah nampak abah saya nangis.
mungkin abah saya sebagai ketua keluarga tidak mahu menunjuk kesedihan di depan kami sekeluarga. mungkin dia nangis di belakang kami.
saya tanya juga mak saya, abah nangis ke tak. mak saya pun cakap, setau dia, tak pernah nampak lagi. sungguh cekal abah saya ni.
lepas atuk saya meninggal, abah saya selalu cerita tentang atuk saya. dia kata, walaupun saya tak sempat kenal arwah atuk dengan lebih mendalam, malah adik2 di bawah saya, ada yang tak sempat jumpa, abah mahu kami kenal, siapa atuk kami. apa yang atuk pernah buat. pengorbanan dia. walaupun saya kurang kenal atuk, kasih sayang saya tetap ada dalam hati. malah, semua kebun2 peninggalan atuk, abah saya tak pernah abaikan. walaupun dia selalu busy dengan kerja2 pejabat. abah kata, pokok yang ditanam semua adalah impian atuk. maka, dia rasa bertanggung jawab, dan ingin meneruskan impian atuk.
baru-baru ni, sekali lagi saya rasa berlakunya kematian yang datang berturut-turut.
tapi yang peliknya, kesemua allahyarham bukanlah yang rapat dengan saya.
tapi kenapa perasaan ini begitu mendalam.
malah, saya berasa risau.
amat risau.
sangatlah risau dengan mereka yang tersayang yang jauh dari saya.
saya paling takut mimpi.
alhamdulillah, setakat ni mimpi saya semua indah2 belaka apabila berkenaan dengan mereka.
lega hati jugak bila dapat mimpi pasal mereka.
nampak wajah2 mereka tersenyum bahagia.
mungkin saya rindu sangat kot.
sekarang ni bukan orang yang tua atau sakit je boleh meninggal,
yang muda2 macam kita ni pun boleh.
ajal dan maut tak kira usia.
dalam kita mengejar dunia, kadang-kadang kita alpa.
saya tahu. saya lah orangnya.
maka, kita sentiasa perbaiki diri, di samping mengejar duniawi ni sume.
selagi kita ada masa ni, gunakanlah ia dengan orang tersayang,
walau jarak beribu batu, tu bukan alasan.
janganlah take people and things for granted.
kita taknak menyesal di kemudian hari.
if everything is written for us,
and all we got to do, is do our best,
then there's no need to worry,
for allah always, always know what's best for us :)







