Wednesday, December 16, 2009

kental


tu allahyarhamah wan saya. banyak rupa mak saya kan?
dulu, masa saya kecil, sepupu-sepapat saya semua dah besar.
cuma saya je yg masih kecil, maka sebab itu, saya rapat dgn wan saya.
mungkin juga sebab ayah saya selalu bawak kami balik kampung. walaupun busy mana, ayah saya akan tetap mementingkan keluarganya.

wan saya ni aktif berpesatuan.
persatuan wanita la apa la, berzanji la.
saya selalu ikut dia kemana dia pergi,
kalau dy berzanji, nampak la saya kat tepi dia menyibuk-nyibuk,
padahal tak zanji skali pon.
kalau dia pergi balai raya, saya pun ikut.
kadang2 wan-wan tu semua buat kuih la, ada mesyuarat la.
best jugak join dengan diorang ni.

yang paling tak lupa, wan saya rapat dgn tunku kursyiah. permaisuri agong yang pertama. dia pon dah allahyarhamah.
saya ingat pegi jumpa dia sekali dekat kuala pilah.
mak saya kata, saya patut bangga, sebab, bukan senang nak jumpa orang hebat mcm tu.
lebih-lebih lagi secara personal
saya kecik, mana paham.

wan saya ni saya rasa lagi hebat dari mana-mana permaisuri pon.
dia sangat berjiwa kental.
jangan la sesekali pijak kepala dia.
garang indeed. tapi sgt penyayang.
dia sangat cekap dan kuat. macam mak saya.
saya nak jadi macam mereka.

wan sebelah ayah saya pun kuat juga,
kalau tak, macam mana dia boleh besarkan 13 orang anak tanpa bantuan maid atau orang gaji.
alhamdulillah, wan saya ni umur dia masih lagi panjang.
sampai sekarang, dia masih lagi kuat dan mampu berjalan walaupun lutut dia sakit sejak akhir-akhir ni.
tetapi dia masih mampu memasak untuk anak cucu dan cicit nya. :)
sedap owwwh gulai wan. :P

mak saya kata, perempuan kena lagi kuat dari lelaki. bukan dari segi fizikal,
tapi emosi.
dia kata, kita pun kena banyak bersabar, especially bila dah bergelar isteri dan ibu nanti.
kalau lelaki macam tiang keluarga,
perempuan ni mungkin seperti paku-paku yang menghubungkan tiang2 tersebut.
kalau kita rebah, maka keluarga pun akan ada masalah.
dia kata wanita pun kena versatile. jangan duduk kat dapur je. kene ada berpendidikan tinggi, pandai bersosial dengan masyarakat, boleh melakukan kerja2 lelaki (bukanlah semua).
barulah boleh berdikari, masyarakat sanjung, anak-anak pula akan ikut contoh yang baik. suami pun senang :P

saya dah jumpa ramai ibu-ibu yang hebat. saya balik malaysia aritu, saya dah jumpa bermacam-macam ibu. masing-masing berlainan watak dan gaya. tetapi mereka semua penyayang dan cekal orangnya. kerana itulah, anak-anak mereka hebat-hebat belaka.

senang cerita, semua ibu adalah hebat.

owh, tapi semestinya ayah seseorang yang kuat. silap. ayah sangat gagah perkasa.
nanti abah saya jeles pula sebab tak tulis pasal dia :P

dah kata tunggak keluarga kan. mesti lah gagah.
ibu pun dapat semangat dari ayah.
sebab dari kasih sayang, maka dia ada tujuan.
maka bila ada tujuan, adanya kekuatan.
senang cerita, ayah dan ibu complete each other :)



masa ni ayah saya berisi sikit, tapi tetap hensem. :P


p/s: bila tengok gambar dulu2, tak sangka dah aku dah besar rupanya. pas ni dah x remaja dah. tidakkkkkk.. haha. but, i guess that's what life is all about. MOVING FORWARD. :P


13 comments:

  1. hur chumel tym kecik2. nanti anak hur lak post entry nih

    ReplyDelete
  2. ares: yup2. aku la. sapa lagi? takde rupa ak ke? :P

    may: haha. biase je la. semua baby comel. :) amin. harap2 anak hur is better than me. :)

    ReplyDelete
  3. tym kecik saya lgi comel dri hur.. 2 yg x post gmbr kat blog.. malu.. nnt sume org puji.. :D

    ReplyDelete
  4. erkkkk.
    ye la cik anis. anda lagi comel. tu pasal en ab ab sayang anda :P

    ReplyDelete
  5. tuhlah aku pun x letak sbb takut org ckp aku anak angkat sbb mak bapak aku melayu
    wahahaahahhahah

    ReplyDelete
  6. haha. ye la. kamu semua baby2 yang comel. :p ak tak comel, tu pasal boleh post kat blog. huhu

    ReplyDelete
  7. seyes menyentuh jiwa raga tol... ur parents surely proud to have u... alhamdulillah


    bagus bagus...

    ReplyDelete