"Ok, mana nak pergi lagi lepas ni?", kata irna.
"Hrmmm, jap eh. tengok map jap.", sambil terkapai-kapai membuka map dalam keadaan hujan yang masih renyai.
"Ok, kita dah cover area ni. sini pun dah. eh, sini pun dah. ni puerta de toledo kan. ha, betul la. wahh, tak sangka, in. satu malam kita boleh round satu kota Madrid", saya berkata.
Puerto De Toledo
Kami membuat keputusan untuk pulang sahaja ke kawasan hostel kami, Puerta De Sol, atau nama pendeknya "Sol" memandangkan malam pun sudah mula tua.
Perjalanan balik ke kawasan hostel amat mudah. Bandar Madrid dihubungkan melalui Metro, ala-ala LRT bawah tanah konon nya.
Keadaan di Puerto De Sol malam itu sangat meriah. Jalannya di penuhi orang ramai, walaupun dalam keadaan hujan.
"Eh, diorang buat apa ni? Jom tengok jap", kata irna sambil menunjuk ke arah sekumpulan manusia berkumpul di tengah dataran Sol.
Kelihatan seorang wanita, berdiri di atas "stage" kotak. Seorang lelaki tolong memegang payung bagi pihaknya. Seolah-olah, wanita tersebut sedang melakukan sebuah persembahan barangkali.
" I was a bad girl before", berkata wanita tersebut dalam bahasa Spanish. Lelaki yang memegang payung tersebut menterjemahkan kata-katanya dalam Bahasa Inggeris.
" I love to party. I went to Disco and night clubs all the time. My life was a mess. Alcohol & sex was my best friend, and it makes me happy each time i'm depressed. i even tried to commit suicide when i face a big problem.
But one day, i stop and think for a while. i need help. There must be someone out here, SOMEONE at all, who can help me. Help me to get out of this kind of life that i'm facing. I search everywhere for something, or someone to help me. but i seem to not find it anywhere. I want to change, but i don't know how.
That's when i realised, there is SOMETHING that can help me. Some force whom which is with me all these time, but i do not notice it. God. I realised, God can help me.
That's when i started to believe in God. I try to love God, and God heals me completely inside",
Sungguh panjang sajak wanita tersebut. Kata-katanya penuh emosi menusuk kalbu. Seolah-olah, saya boleh memahami apa yang wanita tersebut cuba maksudkan. Seakan-akan diri sesat dalam keseronokan dunia. Seronok, memang seronok. tapi, kenapa rasa seolah-olah ada yang tak kena.
Wanita tersebut mengakhiri sajaknya dengan berkata;
Remember that, no matter how lost you are, in the end you will always have god's love.
wanita Spanish, dan lelaki berambut kerinting di tepinya.
Sungguh. Memang wanita ini bukan Islam. Dia merupakan penganut agama Katholik, sama seperti rata-rata seluruh penduduk Madrid. Tetapi sedikit sebanyak, apa yang dikatakan olehnya, benar sekali.
Kadang-kadang kita sibuk mencari ketenangan, cuba mencari kebenaran, namun kita lupa. Jawapan kepada segala kekeliruan dan sumber ketenangan kita, memang ada depan mata. Cuma, kita yang buta mata, buta hati.
Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat ' (Al Isra' : 25)
Sesudah wanita itu mengakhiri persembahannya, seorang lelaki, berambut kerinting pula naik ke atas "stage" tersebut.
"Here's a drawing i drew;
lebih kurg macam ni lah lukisan nya.
"Of course it can't be compared to picasso's masterpiece. And if you can see here, i have an eraser. If i think, my drawing is a disaster, or if i did a mistake in my drawing, i can simply erase it.
Now, life is not like this drawing. You can't just screw a chapter of your life, and erase your mistakes.
But god can do this for you." katanya sambil membalikkan bahagian belakang kertas yang di conteng itu. bahagian belakang kertas ini, sangat putih dan bersih, tiada kesan contengan walaupun setitik pun.
Sambungnya lagi;
"As He's the saviour of humankind. this is how much God loves you. he can do THIS, for you"
Adalah memang kepercayaan agama mereka dari segi "purification of sins" dan yang sewaktu dengannya.
Tetapi Islam juga mengamalkan konsep yang sama, malah lebih indah lagi.
Memang benar, kita tak boleh nak turn back the time, and erase the past chapters of our lives mcm kita padam kesalahan dalam lukisan.
tapi apa yang kita boleh buat ialah, kita boleh start a new chapter in life. a clean, pure chapter of life. sama macam apa lelaki spanish ni buat, dia selak muka surat kertas tu yang bersih. kesalahan lalu seolah-olah pengajaran bagi kita. dan adanya contengan *macam novel Hlovate contengan perjalanan lah plak* dalam chapter hidup kita yang dulu tu, adalah untuk mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
bayangkan lah, kalau senang benar kita boleh padam semua kesalahan kita. buat salah, padam. salah je padam. senang bagi kita untuk ulangi benda yang sama. sebab kita tahu, nanti boleh padam juga, orang pun tak tau. boleh lah buat banyak kali kan, kesalahan yg sama tu.
Anggaplah, those ugly chapters of our past, is a reminder for us, to be better near future, insyaAllah.
Allah tetap sayang kita, walau banyak dosa yang kita lakukan dulu. Dia tetap bagi peluang, walaupun, kita dah abaikan dia dlm tempoh masa yang lama. Asalkan kita benar-benar bertaubat dan kembali pada-Nya, dan tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al An’aam: 54)
Malam itu, di tengah-tengah Puerto De Sol, dengan susasan hujan yang rintik-rintik membasahi bumi, saya berfikir sendirian;
Allah do loves us so much. Do we love Him, as much as He loves us?
Wallahualam.
"Jangan menilai seseorang itu berdasarkan sejarah hitamnya yang lalu..
kerana mungkin yang hitam itu adalah disebabkan kelekaannya pada masa yang lalu...
dan kerana mungkin yang hitam itulah yang membawanya kepada seorang yang hari INI...bukan lagi yang DAHULU KALA....
dan kerana hanya Allah sahaja yang layak meletakkan dirinya diMANA dia berada...bukan kita..."
- terjumpa dekat mana ntah, dah tak ingat. :)
thank you random spanish woman, and random spanish curly hair guy. you guys helped me to discover a meaning of something, that night. oh, and thanks for sharing your umbrella, with us. :) how i dua', that both of you will discover the beauty of Islam. Eternal serenity and the answers to all your confusion and questions, insyaAllah :)
book cover judgement...pathetic!!
ReplyDeletetu yang org selalu buat...hhmm...kadang2 manusia sekeliling buat kita rase pintu taubat tu dah x de...seolah2 dah x de peluang nak repent...kononnya sekali dua buat salah...selamanya orang tu terhina...but this ayat..."Tuhan lebih tahu apa dalam hatimu"...is so so so...comforting...and reassuring...that everyone deserve Jannah if we really2 try our best :)
true. in the end, it's all between you and allah. :)
ReplyDelete