Sepuluh, sembilan, lapan.
Amad masih diam lagi. Selesai sahaja mandi, Amad duduk termenung di beranda wad hospital. Nak tegur, takut dihalau. Amad garang sewaktu jiwanya gelisah. Biarlah. Nak buat macam mana. Bukan salah aku, bukan? Dua bulan kami berkampung di wad ini, namun aku terasa asing sekali. Ini bukan rumah kami. Hatta, berapa lama pun kami di sini, aku tidak akan biasa dengan tempat ini.
Tujuh, enam, lima.
Aku cuba juga nak pujuk Amad. Tapi, kata-kata yang sesuai susah untuk disusun. Kalau ya pun aku tak tahu apa nak cakap, semuanya tak terluah. Aku sedar kalau aku cakap apa-apa pun, tidak mungkin dapat menghilangkan rasa sakit yang Amad rasa. Sakit yang susah untuk difahami bagi mereka yang tidak mengalami situasi seperti ini.
Empat, tiga.
Alunan suaraku membaca dua tiga ayat suci Al-Quran, memecah kesunyian bilik wad kecil ini. Amad selalu kata, dia suka dengar suara aku. Mungkin ini dapat menenangkan hati dan perasaan Amad. Matanya yang berkaca terkebil-kebil menatap wajahku. Amad tak boleh tipu. Cukup jelas sekali Amad takut. Kasihan Amad. Jiwa aku terseksa melihat keadaannya pada ketika ini.
Dua.
Amad sudah tak punya banyak waktu. Jari-jemariku membelai lembut rambut hitamnya. Sayang. Amad muda, tapi terpaksa melalui semua ini. Allah tak bagi dugaan lebih dari kemampuan hambaNya. Amad hebat, sebab itu Allah bagi ini semua pada Amad.
Satu.
Teringat pesananku pada Amad semalam.
"Jaga anak-anak kita bang. Jangan marah mereka banyak sangat, budak lagi anak-anak kita. Jangan lupa ziarah ibu dan bapa Pah. Cukuplah seorang anak yang mereka hilang. Capailah impian abang yang abang selalu idam-idamkan tu. Pah tahu, abang boleh buat. Buktikan pada mereka, suami Pah hebat. Minta maaf bang. Halalkan makan minum Pah. Terima kasih sebab jaga Pah dengan elok selama ini. Dan....dan... jangan salahkan diri abang. Ini semua bukan salah abang...... Ini..... ini... semua ketentuan Illahi......."
Aku tahu, Amad redha untuk melepaskan aku pergi.
Aneh. Suaraku mula hilang sedikit demi sedikit. Ku cuba untuk jerit, namun tiada apa yang keluar dari mulut.
Bersediakah aku menemuiNya?
Cukupkah bekalan aku di dunia?
Seluruh badan ku sejuk.
Sakit. Allah, sakitnya.
Lemah bibirku mengucap dua kalimah syahadah.
Gelap.

No comments:
Post a Comment