Thursday, November 24, 2011

Wednesday, November 23, 2011

dosa ke?

berdosa ke? ada perasaan camni?

*kontorversi la plak post kali ni :P*




Tuesday, November 22, 2011

are you, somehow, attached?


Once you let go of your attachment, what you love is given back to you—now in a purer, better form.


credits to; it's the thought that counts. hehe.




Saturday, November 5, 2011

Syurga di Bumi Alhambra

5/11/11, 6.35 am

Suasana di granada pada tengah hari itu sejuk sekali. Hujan yang pada mulanya rintik2 mula turun dgn lebatnya.

"did you bring an umbrella? It's raining heavily today"

"no. We didnt. We did not expect to rain this bad"

"it's ok. I'll lend you my umbrella. You can put your luggage inside our office. And my friend, adina will be your guide for today."

Masyarakat di sepanyol sangat menepati waktu. Hanya 2 minit lambat, tour yang dijadualkan sudah bermula. Nasib baik, mereka sanggup menunggu kami di sebuah tmpat tdk jauh dr situ.

"hi. Hola. My name is adina. I'll be your tour guide for today"

Tinggi lampai. Manis wajahnya. Sangat ramah. Di sebelahnya kelihatan sepasang suami isteri yang sudah agak lanjut umurnya. Dari norway katanya. Maka, kami berempat, 2 remaja malaysia, dan sepasang warga tua norway, menjadi rombongan tour guide adina pada hari itu.

Rombongan bermula dgn adina memberi sedikit penerangan ttg alhambra. Di bawanya kami ke sebuah tmpat yang menurutnya, di situlah view alhambra yg plg cntik.

Ternyata sejarah alhambra sgt hebat. Dari sejarah pembinaan monumen tersebut oleh kerajaan islam sehingga jatuhnya alhambra ke tangan jajahan takluk pihak katolik. Ratu isabella catholica, ratu pada waktu jajahan tersebut mengarahkan semua masjid dimusnahkan. Cuma sesetengah ruang bawah tanahnya dibiarkan untuk mengingatkan rakyatnya supaya jika ada masjid yang dilihat lagi pada masa akan dtang, musnahkan semua.

Kami hanya mendengar sahaja penjelasan adina. Pakcik makcik norway tmpk sgt berminat dgn sejarah alhambra. Pelbgai soalan dilemparkan oleh mereka ke adina. Kadang2, adina sendiri tdak pasti dgn jawapannya.

Kemudian, di bawanya kami ke sebuah kawasan gipsi. Di situ, guanya sudah diubah suai utk menjadi kawasan tmpt tinggal. Menurut adina, masyarakat muslim adalah yg pertama untuk menjadikan gua sbgi tmpt tinggal.

Tarian flamenco, sgt terkenal di kalangan gipsi.

"do you like flamenco?"

Kami cuma mengangguk-angguk, kononya pernah dgr ttg tarian flamenco.

Tetapi pasangan norway itu sgt bersemangat menjawab.

" yes. We really love flamenco. We've read about it from a book, and we come here to see it for ourselves"

"yes, most of people come here as they want to see wht they've read", jelas adina.

" sweetnya pasangan tu irna. Kan best kalau aku dapat cari pasangan hidup macam tu. Mcm best friend. We read lots of books together. Share the same interests. Deep thoughts and poetry. When we grow old, and our kids grew older, we travel the world to see the things that we only read in books before. Allah, bestnya."

Mcm biasa, angan2 dalam ruangan minda ini pasti akan berlegar- legar jauh dari realiti hidup.

Habis sahaja tour guide yg berlangsung kira2 2 jam, kami terus mencari sebuah restoran halal yang kami sudah 'aim' dari awal lagi.

"can we pray here?"

"no. I dont have a room here. But there's a mosque not far from here. Masjid taqwa. You can pray there".

Sesudah makan kebab dan nasi yang sangat sedap, terus kami mencari masjid yg dikatakan oleh pekerja restoran 'kebab king' itu utk menunaikan solat fardhu asar, dan jama' takhir zohor.

Pada awalnya, sesudah solat, kami ingin melihat sekitar alhambra, tetapi setelah berlegar- legar, kami mmbuat keputusan utk kembali ke masjid taqwa utk menunaikan solat mghrib dn mnnjamakkan solat isya'. Kami tidak punya banyak masa, kerana malam itu, kami perlu menaiki tren ke barcelona. bak kata irna " kalau dah selesai solat, meninggal dunia lepas ni pun xpe. Tanggungjawab dah selesai".

Sekali lagi, kami ke masjid taqwa. Kali ini, ada seorang pkcik arab di situ. Sambil menunggu azan maghrib, kami mmbaca bebrapa ayat suci alquran. Tenang sungguh suasana dalam masjid itu.

Beberapa anak muda lelaki, mmbaca ayat al-quran smbil mnunggu azan mghrib juga. Pakcik tersebut juga melakukan hal yg sama. MasyaAllah, dimana-mana pun seseorang muslim itu berada, indonesia mahupun
Mesir, bahkan sehingga ke sepanyol skali pun, rasa cinta yg mndalam terhadap Allah, tidak membezakan seorang muslim dgn muslim yg lain.

"in, aku rasa bersalah la"

"kenapa?"

"tadi aku jeles dgn pasangan norway tu. Nmpk best sgt smpi tua pun boleh rapat mcm tu. Share the same interests. Travel sama2. Tapi, mungkin.... Mungkin bukan yang tu yang aku nak dlm hidup ni"

"asal plak? Pelik2 je la ko ni"

"haha. Pemikiran aku kan slalu pelik2. Tak la. Mungkin dlm hidup ni ada bnda yang lebih dari tu. Syurga, contohnya."

Pengembaraan ke sepanyol mmg membuka luas mataku. Pada zahirnya, "travelling" itu mmg indah. SubhanaAllah, mmg indah sekali. Asalkan, bemusafir itu dgn tujuan yg bermanfaat, insyaAllah, tidak sia2 pengembaraan itu. Namun, apabila travel ni, ia seolah- olah memberi secebis gambaran bayangan syurga . Kalau lah travel in sgt indah dan best, syurga nnt apakan lagi.

Kalau lah ada pasangan sehidup semati yang kongsi segala minat dan bersama sehingga ke tua nnt itu indah, apa lah sgt nak dibandingkan dgn syurga nnt.

"irna, aku rasa, aku nak pasangan yang boleh bawak aku ke syurga la. Tak kesah la kalau dia tak sama minat ke, tak suka travel ke, asalkan kami boleh bersama hingga ke syurga. Pimpin aku hingga ke syurga. Takda apa lagi yang lebih indah dari nikmat2 di syurga nnt."

Pada zahirnya, mmg dunia indah. Dan memang tidak salah utk kita nikmati anugerah dan nikmat yg allah bagi. Semua utk menjadi tarbiyyah bagi diri kita. Kalau kita tidak pernah merasa apa2 nikmat dunia, macam mana kita nak berusaha untuk meraih nikmat syurga Allah nnt?

Bila dah rasa benda2 best, mesti nak lagi best kan. Apa lah yg lagi best dari syurga nnt.

Semoga allah memberkati pengembaraan kita semua dalam mengejar syurga Allah.

*boleh je orang yang sama minat di dunia pimpin kita hingga ke syurga jugak kan? :)*