Friday, July 9, 2010

MATI

the news that i'd recently heard about one of my colleague gives me a real big impact.
as usual, biasanya lepas dgr berita cmtu, mesti rasa takut, risau, sedih, sayu.
but an article i'd read just now gives me a specific answer.

  1. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  2. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  3. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  4. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.

courtesy from http://saifulislam.com/?p=8285#more-8285

bersedia je. bila-bila pun dia boleh datang jemput. wallahualam.

" ya Allah, seandainya kau ingin mengambil nyawa orang2 yang aku sayang, kau tariklah nyawa mereka ketika mana jiwaku dan imanku kuat. dan jika kau ingin tarik nyawa ku, tarik lah nyawaku, di saat aku sudah bersedia. Sesungguhnya, hanya kau lah tahu apa yang terbaik untuk kami. Amin"

2 comments: