jam menunjukkan 3.30 petang.
sudah setengah jam berlalu.
"hissshh. apa niiii. asal tak tukar2 lagi ni. buang masa betul la"
entah berapa kali butang-butang itu dipicit. yang kiri. yang kanan. yang atas. yang bawah.
hujan makin lebat. guruh berdentum-dentum.
"kalau macam ni, sampai bila pun takde la ni"
masih lagi kuning. kadang2 ia bertukar menjadi merah buat seketika. tetapi selalunya, ia tetap kuning. hanya bentuknya sahaja berubah-ubah. sekejap bulat. sekejap empat segi. hijau yang dinanti, seperti tidak akan muncul langsung.
"tido lagi bagus kalau camni. lagi-lagi hujan. sejuk je. tension betul la."
ditatapnya jam di dinding sekali lagi. sudah 3.50 petang. bobo hampir putus asa. ya. mungkin dia patut tidur sahaja. mungkin sakit hatinya akan berlalu pergi.
"asal muka anak mama muram je ni? dok tunggu apa kat sini?", tiba-tiba ibu bobo bersuara.
"benda alah ni la. konon piring canggih. tapi tak boleh diharap. time2 hari merdeka jugak la dia nak buat hal".
"sabar la sikit. bila hujan berhenti, ada la tu. lagipun bulan puasa macam ni, tak elok merungut macam tu".
"tengok. dah nak pukul 4 dah. 1 jam tau bobo tunggu. tinggal 1 jam je lagi,. dahlah. bobo nak naek. tulis blog lagi bagus".
bobo campak alat kawalan berbutang-butang itu di atas kerusi. ibunya hanya mampu menggelengkan kepala. belum sempat bobo sampai ke ruang atas, tiba-tiba terdengar suara.
"haaaa, dah ada pun. tapi malas dah la nak tengok. takde mood. merajuk."
mungkin inilah kuning yang dimaksudkan bobo. ketika ini bentuknya segi empat tepat. kadang2 boleh juga jadi bulat.
p/s: mungkin sempena hari kemerdekaan kali ke 53 ni, astro patut meng-upgrade-kan service nya.
atau mungkin,
rakyat malaysia seperti bobo harus sentiasa bersyukur instead of merungut.
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. semoga negara kita terus diberkati oleh allah. malah, moga bertambah lagi keberkatan-Nya pada negara tanah air kita. :)
kunin merah.
ReplyDeleteatas da ada putih ngan biru
cukupla tu.bendera malaysia :)
slmat hari merdeka~
hur dier bukan ader yang benda leh tahan waktu petir ker
ReplyDeletehur hur.. da besar pun mengomel cam mok mok.. hahaha
ReplyDeleteastro je pun.. tengok wayang lagi best! :p
In: tp nak hijau jugak. :p
ReplyDeleteafiq: oh. Ada eh. tak tau pon huhu
anis: ala. Biasala. Mengomel skali skala. Tkde ko nk tgk wayang :)