Mama kata dia nangis baca. Hur tak tau nak kata apa. sebab hur pun sama. Al-Fatihah kepada cousin kak Puteri yang baru kembali ke rahmatullah. Allayharham macam dah tahu dia dah nak pegi. Siap tulis sajak lagi. :(
This message written by my cousin, allahyarham cikgu norazam in his blog september last year...please pass it around as reminder among us...thank you...
Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah
Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati
Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat
Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya
Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali
Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah
Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua
Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan
Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana
Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah
Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa
Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah
Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah
Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi
Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata
Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman
Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan
Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan
Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita
Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali
Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri
p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..
alfatihah.
ReplyDeletetakut ade, kagum ade, ajaib ade.
meninggal sbb ape hur
aku dapat rasa kesedihan dalam sajak ni
ReplyDeletehiba hati aku baca
x dapat aku bayangkan kesedihan orang-orang yg terdekat dengannya
Al-Fatihah
Semoga cikgu norazam tergolong di antara orang beriman
aku dapat rasa kesedihan dalam sajak ni
ReplyDeletehiba hati aku baca
x dapat aku bayangkan kesedihan orang-orang yg terdekat dengannya
Al-Fatihah
Semoga cikgu norazam tergolong di antara orang beriman
InshaAllah Husnul Khatimah~whenever the TIME has come,nothing in the world can stop it~Hayya naqribullah bizikril mawt~
ReplyDeletesorry to hear that too.
ReplyDeletesemoga roh beliau dicucuri rahmat ALLAH. semoga keluarga beliau juga dirahmati dan diberkati Allah
abah x sempat nk bagi pesanan2 terakhir...tp setiap kata2 abah spnjg hidup adalah pesanan dan nasihat..dan kbykn nye same cm dlm sajak tu..
ReplyDeleteitu adalah harapan semua ayah untuk anak2nya..
al- fatihah utk arwah...dan utk abah sy juge...