Sunday, July 31, 2011

Nur

terus terang, saya tidak pernah melihat drama nur kasih the series. sudah lama saya tidak mengikuti mana-mana drama melayu atas alasan tiada masa. hakikatnya, saya tidak berselera menonton drama melayu kerana kurang daya tarikan di samping jalan ceritanya yang sangat cliche.

tetapi Nur Kasih the movie, ternyata berbeza. nampaknya industri tanah air telah akhirnya melalui revolusi yang saya barangkali tak pernah nak follow-up. Filem ini mengajar erti keredhaan, kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan hati dan sejauh mana kepercayaan kita dgn ketentuan illahi melalui pengolahan jalan cerita yang cukup indah sekali.
abaikan la 'tahajjud cinta' di mana majoriti dari kalangan kita, kurang gemar dengan cara penyampaian drama bersiri tersebut.

ya, industri hiburan tanah air kita masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. nisbah rancangan bermanfaat jauh ketinggalan dari rancangan2 tv yg penuh dgn hiburan semata-mata dan melalaikan.

malah rancangan2 yang kononnya mempunyai niat yang murni, gagal mencapai misi akibat dari kekurangan ilmu dalam sesetengah aspek yg ingin disampaikan.

Namun, sepanjang beberapa tahun saya jauh dari tanah air, apabila melihat negara sendiri dari kaca mata luar, mungkin negara kita mula sedar akan kepentingan perkara yang paling asas sekali, iaitu agama yang teguh amat penting dalam pembangunan sesebuah negara.

contohnya, perbankan islam, *menurut bapa saya sendiri* walaupun tidak 'islam' lagi secara menyeluruh, namun, kita sudah mula mengorak langkah kearahnya dgn mewujudkan sistem2 baru berasaskan islam yang cuba diterapkan ke dalam bank2 di seluruh negara. Untuk mengubah keseluruhan sistem sekaligus adalah mustahil, namun jika dapat diubah sedikit demi sedikit, maka insyaAllah, satu hari, perbankan islam akn menjadi islam yang benar2 islam.

maka, mungkin, teori yang sama dapat digunakan dalam industri hiburan di negara kita. mungkin segelintir drama atau filem yang ingin menerapkan ciri-ciri islamik bukanlah islam secara menyeluruh. contohnya, pelakon wanita yang hanya menutup aurat semata-mata kerana disuruh oleh tuan direktor, namun realitinya di luar lokasi penggambaraan, auratnya dibuka. ataupun berlakunya penyentuhan di antara lelaki dan wanita yang hanya bergelar suami isteri berpandukan skrip yang diberi padahal keduanya bukanlah suami isteri yang sah.

tetapi sesebuah drama ataupun filem malah apa-apa sekalipun, perlu dilihat secara menyeluruh. dan di dalam konteks ini, apa yang paling penting adalah mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat awam serta cara penyampaian mesej tersebut. adakah para penonton benar2 paham tentang intipati drama tersebut? atau ia hanya sekadar hiburan, untuk suka2, sekadar utk release tension atau menghabiskan masa yang terluang? dan sekiranya kita berjaya memperoleh pengajaran darinya, adakah kita mempraktikannya/menggunakannya atau kita akan lupakan sahaja?

namun, yang halal adalah jelas halalnya. dan yang haram, adalah jelas haramnya. kerana islam adalah agama yang cukup jelas. sama jelasnya dgn syurga dan neraka. yang hitam dan putihnya. tiada "grey area" dalam islam.

tetapi mungkin, kita sedang mengorak langkah ke arah islam yang menyeluruh. maka perlunya suara dan pertolongan yang berilmu dan arif, untuk membimbing mereka yang masih lagi kurang jelas tentang Islam yang sebenar.

pendapat saya, oleh kerana media massa membawa pengaruh yang amat besar sekali di dalam masyarakat kita, maka mereka2 yang bertanggungjawab menghasilkan karya perlu membuat penyelidikan yang rapi dan menyeluruh sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum.

Kita pula sebagai warga umum juga perlu berfikiran lebih matang, dan perlu mengadakan penyelidikan sendiri untuk menapis apa sahaja yang media massa persembahkan kepada kita.
Janganlah kita terlalu cepat melabelkan sesuatu perkara. Mungkin sesuatu yang tampak baik, ada agenda lain yang tersembunyi. Mungkin sesuatu yang tampak gelap, ada sinar di sebaliknya.

tiba masanya untuk kita berhenti bersikap tidak-mahu-ambil-tahu, atau acuh tak acuh tentang apa sahaja isu yang berlaku di sekeliling kita sama ada isu2 dalam negara mahupun luar negara.

Ramadhan ke-21 dalam hidup saya akan tiba tidak lama lagi. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita menggunakan peluang Ramadhan kali ini dgn sebaiknya. InsyaAllah.

p/s: terima kasih pada seseorg itu kerana recommend filem Nur Kasih :) ya, memang tak dapat dinafikan, ceritanya sangat sedih. :(


No comments:

Post a Comment