Saturday, May 18, 2013

Datang & Pergi.


Ahhh. Gelora dalam jiwa. Siapa tahu?
Nah, kalau aku cerita, ada kau boleh bantu? 

Sakit aku, sakit aku. Bukan kau yang di tempat aku. 
Empati kau tinggi gunung? Peduli apa aku. 

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Surah Muhammad: ayat 31)

Barangkali penat. Letih. Tak larat.
Kaki makin berat. Kepala makin pening.

Kerja makin tambah.
Masa makin kurang. 

Malas mula menguasai.
Futur kah? Lalai kah? Alpa kah?

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). (Surah Muhammad: ayat 36)


Maafkan aku.
Acapkali aku tenggelam dalam emosi.

Menganggap masalah sendiri sebesar bumi.
Butakah aku pada insan lain di sekeliling?
Jihad mereka yang memerlukan pengorbanan dari semua segi.
Jihad aku? Huh. 
Kononnya aku lah yang paling derita.
Tapi bila gelak ketawa, amboi, tak ingat dunia.
Kebahagiaan palsu, takkan tahan lama.

Malunya aku, jika engkau ada pada saat ini. 

Apalah sangat kesusahan aku kini.
Sakit dikau tak terperi.
Namun tak pernah sekali engkau berhenti.
Atas dasar cinta mu pada Illahi,
Semuanya seakan-akan manis sekali.


Ya. Mungkin aku akan futur lagi.
Mungkin aku akan jatuh lagi. 
Mungkin jua aku akan kuat nanti.
Berkat doa & usaha, akan ku terbang tinggi.






7 comments: