Wednesday, January 19, 2011

imbasan 17 januari, al-fatihah

kejutan. itu lah yang saya terima pada pagi 17 januari 2011 yang lalu.

saya yang sedang hanyut di dalam dunia patho, tiba-tiba mendengar irna melafazkan innalillah sejurus selepas membaca kiriman sms dari mastura
saya tanya kenapa. dia kata, nurul iman, seksyen 5 baru meninggal pagi tadi.
saya tanya lagi, iman sendiri yang meninggal ke?
dia kata, aah. iman yang meninggal dunia.

sekaligus, saya teringat kenangan2 saya semasa di tahun pertama dahulu.
saya dan arwah tidak begitu rapat, tapi kami pernah tinggal di aras yang sama sewaktu di asrama mara dulu bersama rakan2 persediaan ikib yang lain.
hanya saya, ili, dan iezzaty sahaja persediaan ksp yang sesat di tingkat 8.

teringat saya, arwah memang seorang yang baik. dia selalu bangun pagi sewaktu kami di tingkat 8 dahulu.
kadang2 dia suka belajar di ruang tamu atau di ruangan meja dapur. bilik saya memang tepi ruang tamu dan dapur.
arwah juga merupakan pelajar yang cemerlang. pernah sekali semasa saya tahun pertama, saya terpandang akan result arwah. sebab itu, kadang2 saya selalu curi2 lihat cara arwah belajar.
teringat semasa arwah menjadi imam di tingkat 8.
saya juga pernah memakan masakan arwah, kerana memang kami ada jadual rotation masak, semasa di tingkat 8 dulu.
arwah mmg seorang yang pendiam, tetapi seseorang yang ramah dengan senyuman.
tidak sangka ukhwah yang terjalin dalam masa yang sangat singkat ini, boleh memberi kesan yang begitu mendalam kepada saya.
mungkin kerana beliau sudah tiada. hargailah setiap rakan dan keluarga yang kita ada. kita tidak tahu, bila kita akan kehilangan mereka.

mungkin sebab itulah, allah cabut nyawa nya dahulu.
allah sayang iman, sebab iman memang seorang yang baik.

pada mulanya, berita yang kami terima pagi itu, memang sukar untuk kami percaya.
mas cakap, kalau nak lawat, boleh pergi hospital salamah. saya serta housemate terus bersiap untuk ke sana.
memang pada waktu itu, air mata saya dah mengalir. saya tak tahu kenapa. kami memang tak rapat.
tapi mungkin kami pernah hidup sebumbung semasa tahun pertama dahulu. hanya berlandaskan kenangan itu, saya rasa sangat sebak.

sampai sahaja kami di salamah, ya Allah, ramai betul kawan2 sebatch kami di sana. semua orang tinggal buku patho buat sementara.
saya terfikir akan housemate2 arwah. bagaimana keadaan mereka. saya harap, mereka sentiasa tabah dalam meneruskan kehidupan seperti biasa.

di saat itu juga, terlintas di fikiran saya, macam mana kalau saya lah orangnya. macam mana kalau allah decide untuk tarik nyawa saya, dan bukan nurul iman.
sebab memang allah boleh tarik nyawa sesiapa sahaja bila-bila masa. mungkin saya, mungkin anda, sesiapa sahaja. tapi allah pilih nurul iman. kerana pada 17 januari, nurul iman lah
yang allah pilih. mungkin arwah sudah bersedia untuk berjumpa dengan sang Pencipta-Nya. dan kita yang masih bernyawa, allah masih lagi bagi kita masa dan peluang,
untuk perbaiki diri kita. masa untuk kita buat persediaan yang rapi.

apa yang saya boleh katakan, kejutan ini, bukan hanya bagi keluarga nurul iman, bukan hanya bagi ahli bait nurul iman, bukan hanya bagi sectionmate nurul iman, malah bagi seluruh warga alex.

peringatan bagi kita semua. yang maut boleh datang bila-bila masa sahaja. kerana kematian, sudah pun ditentukan. cuma tidak tahu bila.

beberapa hari yang lalu,saya terpandang akan status di fb sabirah. dia meng-update relationship status nya, kepada engaged. ramai yang bertanyakan dia akan relationship updates nya. jawab nya, "kita semua bertunang dengan kematian. cuma tidak tahu, bila untuk diijabkabulkan sahaja". di saat ramai pemuda-pemudi zaman sekarang, yang menukar relationship updates nya dgn "in a relationship", "engaged" malah "married" dengan pasangan yang tiada ikatan pun lagi, Sabi menyedarkan saya akan hakikat ini.

di saat kita semua kadang-kadang alpa dgn urusan dan nikmat dunia. hanyut dalam kesibukan ingin mengejar 4 flat, ingin mengumpul kekayaan, sibuk berangan bila nak grad, atau sibuk berangan tentang warna baju di hari perkahwinan nanti, atau sudah sibuk fikir tentang perjalanan karier nanti. sedarkah kita, ketika allah cabut ruh dari jasad kita, ketika mana, jantung kita tidak lagi berdegup seperti biasa, ketika, nafas kita terhenti, segala impian, atau perancangan hidup sudah tidak bermakna lagi. malah segala kejayaan, wang ringgit kita pernah kecapi, atau tidak kecapi, tidak lagi bereerti.

yang tinggal hanya urusan kita dengan allah. setiap ibadah yang kita lakukan. hanya berdasarkan itu, kita dihisab oleh allah.

tidak salah untuk membuat perancangan, dan mempunyai matlamat. memang islam menggalakkan penganutnya untuk mempunyai tujuan di dalam kehidupan. cuma, jangan terlalu taksub di dalam kenikmatan dunia.

kejar lah dunia, dan akhirat juga. peringatan ini khususnya buat saya. sebab saya memang mudah alpa. saya manusia biasa. jika nampak saya hanyut, sila tegur saya, rakan-rakan.

baki enam paper untuk exam ni, kita buat dgn terbaik. bukan hanya untuk mencapai a, atau kecemerlangan semata-mata. tetapi menuntut ilmu itu sendiri ialah ibadah, yang akan jadi bekalan buat kita di akhirat nanti.

sama juga dengan menjaga kesihatan, menjaga hubungan sesama manusia. yang paling penting menjaga hubungan dgn Allah. semuanya ibadah yang akan menolong kita di akhirat kelak.
tajdid niat kita kembali, apakah matlamat utama kita kesini. sebab saya rasa, saya mudah hanyut. (hanyut dalam lagu faizal tahir pun boleh juga)

semoga allah selalu tetapkan niat yang ikhlas di dalam hati kita semua.
semoga allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar untuk kita semua.
semoga allah selalu melindungi kita semua di dalam keredhaan dan keberkatan-Nya.
semoga allah menempatkan Allahyarhamah Nurul Iman Abdul Alim di kalangan orang2 yang beriman. sesuai dengan nama yang diberi kepada Allahyarhamah.
Amin.

8 comments:

  1. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman..
    sedih post ni.

    ReplyDelete
  2. she is the lucky one chosen from Allah. sama2 kita saling beringat while there's a chance. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. salam hur..your coretan ygnih really touched mama's heart..n i mean smpai ker lubok hati mama,hur...keep on churning morecoretan saperti nih yea...incident nih memang memilukan hur,yea...

    ReplyDelete
  4. sebak betul.
    menghargai setiap detik.kan hur. :)
    all the best hur! imy lah.sgt~

    ReplyDelete
  5. innalillah..
    terkejut gk lps tahu psl ni..sebab bilik air kt rmh ni pon pakai gas jugak..
    semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman..

    ReplyDelete