Wednesday, March 31, 2010

kan dah cakap hur ok. ni buktinya. :P

assalamualaikum,
dear mama and abah,
and my other 3 moks moks.

dah sebulan hur tinggal rumah,
eceh mcm lama gila. :p
so, here kak hur reporting live from alexandria,
of how great i am doing here. :)

1st sekali, kiteorg dah tukar u baru. ok. takde gambar u baru. dekat lagi ngn umah hur. about 15 minutes kalau jalan relax2. tapi aritu hur berlari dgn baju kurung smpai nampak betis sume kira2 5 minit je. so, klu nak kuar umah pukul 7.55 am pun smpat je sebenarnya insyaAllah. huhu.

pastu kite orang ada futsal. hur rasa hur dah citer kan. diorang ni agresif betul. macam main rugbi pon ada. but then again, maybe i was too soft. ke? haha. anyway, we made it to finals. esok. wish me luck. :) well, at least doakan hur tak de kecederaan or watsoever insyaAllah.



section 1 buat partayyy. it was simple, but a memorable one. owh. and yes. i did the muffin. it was not that perfect. but i'm completely happy. sebab it was made out of my love for the section mates. :)
group D or so called "the duriansss" :)


pastu, this is my best part. spring is here!!! yes. my bestest bestest season of all. you guys should come here and watch all the wonders with your own eyes. sgt cantik. i dunno why, dia mcam pierce straight to my heart while watching all the flowers blooming brightly and gorgeously. cantik gila. i'd captured a few shots. setelah dah lama tak berphotography. guess i'm back. walaupun tanpa dslr. :)














ni hadra maut. kalau nak rse dtg sini. seyes sedap. :P

ni masjid kat montazah tu. i think it was very peaceful. you guys really really need to come here. kalau nak belajar ngaji, arab, sume senang. ustazah boleh dtg trus rumah. private tutor lagi. (ok. ni ayat nak pancing mama) huhu.

gmbar ni kontroversi. please dont bother. haha.


the handasiansss. it was a simple picnic. tapi i'm soo happy. walaupun semua busy, but all of us can still kumpul together. thanks guys. it really means a lot to me. :)

sorry byk pic. dah takde fb kan. kene la upload sini. :P

seee, told you i'm ok. jangan risaukan hur kat sini. i'm much more concern with you guys over there. i'm surrounded with all sorts of beauty and love is all around me. so much love to receive, so much love to give. alhamdulillah.

so, this is Hur Azmi, again reporting live from alexandria, far away from you, but so close to each and one of your hearts. :)


p/s: i miss you. and i so do love you. :)

i'm ok. i really am.

asal sume orang tanya?
saya ok. saya betul2 ok.

jangan risau.

saya takkan pendam sampai mental. hahaha. saya tahu tahap saya.
i'm just in an adapting phase.
insyaAllah nanti ok.
i have to be ok, for the ones i love.
:)

and i love you more. no matter how many times you tell me that you love me. :)

Tuesday, March 30, 2010

run baby run.


i'll run.
run as fast as i can
runaway from everyone.
runaway from myself.
i'd ran during pbl.
i'd ran along the coast.

i'll run
run to where my short feet leads me to
i'll pause at times
when my heart cant take it anymore
or my lung cant respire anymore.
but i'll never stop.
never stop.
:)

credit to in. http://syafinaz-aliiz.blogspot.com/
thank you. :)

Friday, March 26, 2010

firm

saya kena. kena juga firm.

tolonglah hur. for once in your lifetime, tolong jadi firm pada diri sendiri.


Wednesday, March 24, 2010

i do.


the more i know you,
the more i love you,
i'll never let go of you
you are the only one i can turn to.

oh please, please let this lasts forever.
i hope and pray it will.
insyaAllah. :)






Monday, March 22, 2010

^


dia datang dan pergi,
bila madah jadi layu,
bila hati jadi sayu.
bila hati sudah beku.

aku takkan diam membisu,
aku takkan tunggu.


Friday, March 19, 2010

patch adams.

i've watched old dogs. frankly, it was good. but it was not that great. robbin williams can do better. much better. his other movies are much much better than this. so, i thought of one. that's when i came across patch adams. i'd watched this movie before. it was when i was 10 or so. tapi dah lupa. ngee. :D

i straight away dowloaded this movie. pastu tengok balik. and my oh my, i completely forgot about this great great movie. it is one of the most inspiring, motivational, moving, touching movie of all.
if you really thought of being a doctor, you should, i mean must watch this movie. if you'd watched it before, watch it again, and again.

it's based on a true story, and if you care enough to wiki it, you know more.


Our job is improving the quality of life not just delaying death

“What's wrong with death sir? What are we so mortally afraid of? Why can't we treat death with a certain amount of humanity and dignity and decency and, God forbid, maybe even humor. Death is not the enemy, gentlemen. If we're going to fight a disease, let's fight one of the most terrible diseases of all, indifference.”

“If you focus on the problem, you can’t see the solution.
Never focus on the problem.”

“Every human being has an impact on another.”

“You treat a disease, you win, you lose.
You treat a person, I'll guarantee you'll win.”

see what no one else sees, see what everyone else chooses not to see…out of fear, conformity or laziness. see the world anew each day. See what others chose not to see.

I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly without complexities abide. I love you because I know no other way then this. So close that your hand, on my chest, is my hand. So close that when you close your eyes, I fall asleep.

and my best part is:

i want to become a doctor so that i can serve others. and because of that i lost everything, but i gain everything. i shared the lives of patients and staff members of the hospital. i laugh for them, i cry for them. this is what i want to do with my life. and with god as my witness, no matter what the outcome of your decision, i will still become the best damn doctor in the world has ever seen. you have the ability to prevent me from graduating, you can keep me from getting the tittle and the white coat, but you can't control my spirit gentlemen. you can't keep me from learning, you can't keep me from studying.


this is what i want to do with my life.

and yes. this is robbin williams's best movie yet.





Wednesday, March 17, 2010

madah dan pujangga bersama mu. :)

AMARAN:
Dialog tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. Hanya lakonan semata-mata.

untuk kesinambungan cerita sila ke laman ini. :p


T: jika kau menistakan kata2 mu
T: akan ku belah lautan berapi
T: ku robek hati yang lara
T: agar langit kembali tersenyum

H:sungguh manis kata-kata mu itu kanda
H: mampu buat dinda tersenyum buat masa yang lama
H: tapi apakan daya
H: kata2 kanda itu hanya buat sementara

T: sudah la
T: usah tersenyum tanpa brey zes mu
T: kanda x sudi melihat
T: tanpa besi2 dan geriji di gigi
T: manakan nampak silau cintamu itu
T: kanda lebih suka menatap wajah dinda jika masih bergeriji seperti dulu
T: kilauan lebih menyerlah
T: dan lebih yakin kanda kanda pada kasih dinda

H: apakah kanda tidak dapat menerima dinda seadanya?
H: hancur hati dinda mendengar madah2 mu ini kanda
H: seakan-akan kasih kanda pada dinda selama ini dusta belaka
H: masakan itukah kanda mencari dinda yang lain?
H: meninggalkan dinda keseorangan
H: semata-mata kerana dinda sudah tidak ber breyzes lagi

T: maaafkan kanda
T: kasih kanda hanyalah pada besi2 di gigi dinda
T: setelah di cabot
T: kanda tawar hati

H: sudahlah kanda
H: jika hanya sedalam itulah kasih kanda pada dinda
H: sampai sini sahajalah hubungan kita
H: cinta dinda pada kanda tidak disandarkan di atas apa2
H: hanya sebuah kasih yang cuti
H: malangnya tidak terbalas oleh kanda

T: cuti?
T: cuti?

H: *suci
H: silap2
H: hahaha

T: maafkan kanda
T: kanda x setia
T: setelah kanda mmpunyai isteri2 yang makin ramai
T: kanda keliru

H: takpe
H: dinda paham
H: dinda ingat kanda lain dari kekanda-kekanda yang lain di luar sana
H: rupanya kanda pun hanya manusia biasa

T: erk
T: kanda2 lain
T: ??
T: kau nusyuz!

H: owh
H: dinda ckap pasal kanda lain, kanda marah
H: owh, kanda curang takpe
H: dinda curang tak boleh
H: kekanda-kekanda tu mamat2 di luar sana
H: dinda membuat perbandingan kanda dengan mereka
H: rupa-rupanya kalian bergelar lelaki semua sama sahaja

T: kanda diharuskan berpoligami
T: kerana ingin mmbela nasib wanita2 malang diluar sana

H: sudahlah kanda
H: itu hanya alasan kanda
H: kalau niat kanda memang sebegitu ikhlasnya
H: dinda redhakan sahaja
H: dinda hanya mampu mendoakan kanda dari sini
H: dinda tidak sanggup bermadu kasih kanda
H: dinda tidak sanggup

T: erm
T: kini dinda pandai berkata2 ye
T: makin ku ragui kesetiaan dinda
T: tp
T: x pe lah...

H: haha.
H: jangan khuatir kanda
H: dinda setia menunggu kanda
H: tapi jikalau kanda mempermainkan perasaan dinda
H: ataupun dinda-dinda yang lain
H: nantikan lah keris taming sari dari kami
H: dinda hanya harap kanda berlaku adil sahaja terhadap kami (dinda-dinda sekalian)

T: baiklah.....
T: hhmm
T: nasihat kan dinda areqa untuk menghafal skrip
T: esok sudah masa nya

H: baiklah
H: perbualan kita hari ini rahsia
H: takut dinda yang lain attack dinda nanti
H: mati dinda kena belasah

T: baiklah
T: kanda bersumaph
T: *sumpah
T: jikalau dinda sendiri yang mmbocorkan rahsia ini
T: kekanda akan menyusul adinda
T: meminjak pada tanah yang sama
T: bernafas pada udara yang sama

H: dinda akan ingat kata-kata mu kanda
H: walaupun satu hari kita akhirnya akan berpisah jua
H: namun kenangan bersama takkan dilupa
H: ngee

perbualan terpaksa dihentikan kerana kanda kena menyiapkan juadah berbuka puasa. :P

Tuesday, March 16, 2010

:(

kalau ajal dan maut datang tanpa diduga,
kalau ajal dan maut itu di tangan-Mu
kalau ajal dan maut itu tak dapat dihalang,
kalau ajal dan maut itu sudah tiba,
kau jemputlah nyawa ku dalam keadaan ku bersedia dan beriman.

hanya kau lah tahu apa yang terbaik.
bukan untuk diriku sahaja, tapi bagi orang di sekeliling ku,
malah bagi seluruh umat manusia.


Biasanya kematian datangnya berturut-turut. mungkin bukan dalam hidup anda semua. tapi ianya bagi saya. kali terakhir saya mengalaminya semasa saya sekolah rendah dahulu. seorang demi seorang yang rapat dengan saya pergi meninggalkan dunia untuk selamanya. walaupun saya masih kecil, saya sudah paham. mungkin kerana saya yang sulung, ibu bapa saya tidak pernah menyimpan rahsia dari saya. mereka akan memastikan saya faham, apa makna kematian, apa makna kehidupan. kenapa orang meninggal, lepas meninggal pergi mana. maka, efek orang meninggal dunia amat mendalam pada saya.

saya melihat orang yang tersayang menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan saya.
melihat allahyarham mengerah segala kudrat untuk mengucap dua kalimah syahadah.
melihat sekujur badan yang sudah tidak bernyawa.
melihat jenazah dimandikan, dikapankan.
apatah lagi, orang tu yang kita sayang.
orang yang kita kenal.

lagi sedih, kalau kita tak sempat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.
saya ingat masa saya umur 5 tahun, abah kepada abah saya meninggal. (atuk)
dia meninggal kat mekah.
abah saya sangat sedih. tapi dia tak nangis. saya tak pernah nampak abah saya nangis.
mungkin abah saya sebagai ketua keluarga tidak mahu menunjuk kesedihan di depan kami sekeluarga. mungkin dia nangis di belakang kami.
saya tanya juga mak saya, abah nangis ke tak. mak saya pun cakap, setau dia, tak pernah nampak lagi. sungguh cekal abah saya ni.

lepas atuk saya meninggal, abah saya selalu cerita tentang atuk saya. dia kata, walaupun saya tak sempat kenal arwah atuk dengan lebih mendalam, malah adik2 di bawah saya, ada yang tak sempat jumpa, abah mahu kami kenal, siapa atuk kami. apa yang atuk pernah buat. pengorbanan dia. walaupun saya kurang kenal atuk, kasih sayang saya tetap ada dalam hati. malah, semua kebun2 peninggalan atuk, abah saya tak pernah abaikan. walaupun dia selalu busy dengan kerja2 pejabat. abah kata, pokok yang ditanam semua adalah impian atuk. maka, dia rasa bertanggung jawab, dan ingin meneruskan impian atuk.

baru-baru ni, sekali lagi saya rasa berlakunya kematian yang datang berturut-turut.
tapi yang peliknya, kesemua allahyarham bukanlah yang rapat dengan saya.
tapi kenapa perasaan ini begitu mendalam.
malah, saya berasa risau.
amat risau.
sangatlah risau dengan mereka yang tersayang yang jauh dari saya.
saya paling takut mimpi.
alhamdulillah, setakat ni mimpi saya semua indah2 belaka apabila berkenaan dengan mereka.
lega hati jugak bila dapat mimpi pasal mereka.
nampak wajah2 mereka tersenyum bahagia.
mungkin saya rindu sangat kot.

sekarang ni bukan orang yang tua atau sakit je boleh meninggal,
yang muda2 macam kita ni pun boleh.
ajal dan maut tak kira usia.
dalam kita mengejar dunia, kadang-kadang kita alpa.
saya tahu. saya lah orangnya.
maka, kita sentiasa perbaiki diri, di samping mengejar duniawi ni sume.
selagi kita ada masa ni, gunakanlah ia dengan orang tersayang,
walau jarak beribu batu, tu bukan alasan.
janganlah take people and things for granted.
kita taknak menyesal di kemudian hari.


if everything is written for us,
and all we got to do, is do our best,
then there's no need to worry,
for allah always, always know what's best for us :)

Monday, March 15, 2010

bridge



it's the only way that connects you and me,
then why are we struggling to see,
of everything rather than it's beauty,
and still, we fail to foresee


begin with the end of mind.

Maka kerjaya mak saya sebagai seorang suri rumah ternyata tidak sia-sia. (selama ni pun mmg tak sia-sia). kerana pendapat nya boleh disamakan dgn orang-orang yang hebat di luar sana.

Saya akui, semasa saya pulang ke malaysia Sem yang lepas, perbualan kami antara anak dara dan ibunya tidak terlepas dari perkara-perkara dewasa.

Saya akui juga, sebenarnya saya kurang berminat dgn perkara yang terlalu dewasa. Lumrah alam, saya rasa saya masih muda, dan terlalu banyak perkara remeh yang lain yang saya fikirkan. Tetapi, setelah membaca satu post di sebuah blog yang tidak asing lagi, ia mengukuhkan teori dan pendapat mak saya.

Katanya, kita perlu bermula langkah dengan akhir di minda. atau dalam bahasa omputih nye "begin with the end of mind". Maksudnya, kita perlu ada visi dan misi dalam hidup kita, baru kehidupan kita terarah. ada tujuan. Saya lebih berminat dengan contoh-contoh yang dikemukakan oleh penulis blog.

“Kamu bercita-cita nak jadi apa bila dewasa nanti?”, saya bertanya kepada salah seorang peserta kursus motivasi. Baru tingkatan empat.

“Saya nak jadi doktor”, jawabnya penuh yakin. “Bagus. Kenapa nak jadi doktor?”, saya cuba menguji adik yang seorang ini.

“Saya suka menolong orang. Gembira melihat orang gembira”, katanya. “Apa yang kamu mesti lakukan untuk memastikan kamu boleh menjadi doktor?”, saya bertanya lagi.

“Oh, kena straight A”™s dalam subjek teras Sains. Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan”¦”, jawabnya. “Lagi?”, saya terus bertanya.

“Ko-kurikulum kena cemerlang. Kepimpinan mesti bagus”, sambung pelajar pintar tersebut.

“Itu sahaja? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?”, saya menyambung soalan.

“Itu sahaja rasanya. Kenapa ustaz?”, pelajar tersebut mula rasa kurang selesa.

“Tadi kamu kata kamu suka menolong orang lain. Semua persediaan yang kamu sebutkan tadi, adalah untuk kamu menolong orang lain. Tetapi kamu tidak boleh menolong orang lain sebelum kamu menolong diri kamu sendiri!”, saya berkongsi pandangan.

“Maksud ustaz?”, pelajar tersebut semakin bingung. “Bagaimana dengan kemahiran memasak? Mengemas rumah? Melipat kain? Melayan kanak-kanak?”, saya melontar idea.

“Apa kena mengenanya semua itu dengan menjadi seorang doktor?”, tanya pelajar tersebut.

See.... percayalah adik. perkara-perkara tersebut memang penting. malah lecturer terhebat di dunia, mahupun buku medik terhebat pun tidak dapat mengajar kita perkara-perkara tersebut. Tapi apakah signifikan nya kemahiran tersebut di dalam hidup kita?

“Satu hari nanti, kamu tentu akan berkeluarga. Berkahwin dan beranak pinak. Kalau kamu hanya cekap menolong orang lain sebagai seorang doktor, tetapi gagal menolong diri sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, akhirnya kehidupan kamu akan tunggang langgang. Orang lain Baiti Jannati. Kamu nanti Baiti Naari! Naudhubillah”, saya membuat kesimpulan.

“Betul ke ustaz?”, tanya pelajar tersebut.

Betul dik. Mak akak pun cakap camtu. mak semua orang cakap camtu kot. Sama ada nak dengar ke tak nak. Lagi-lagi anak dara.

yang lebih saya tertarik;

Ya, semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar, soalan yang ditanya oleh penemuduga, semuanya tentang rumahtangga. Bila rancang nak ada anak ketiga, suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya”, saya tersenyum.

Doktor yang baik dan hebat ialah mereka yang dapat menguruskan kerjaya, agama rumahtangga dan keluarga dengan baik. Tu tak termasuk mak bapak mertua lagi. Nak jaga hati kakak abang ipar lagi. Anak sedara apa kes. Sepupu sepapat semua. Bila dah kahwin, semua benda kena amik kira. Ingat senang ke? Unless kita memang dah merancang untuk membujang sepanjang hayat which is Islam sendiri tak galakkan.

Sesiapa yang merancang nak sambung belajar sambil kahwin, lagi susah owwhh. Tapi it's possible. Sebab ramai yang dah berjaya buat pon. Life is a never ending learning process. kalau dah bercucu-cicit pun, apa salahnya kita masih lagi belajar di universiti pun. Janji perkara lain tidak terabai.

Hari ini mudah benar anak dara pergi ke universiti dan seterusnya menjadi seorang doktor, jurutera dan lain-lain, dalam keadaan satu apa pun skill rumahtangga tidak diketahuinya. Semuanya diuruskan oleh bibik dan supir. Yang lelaki usah kiralah…

Para pelajar yang kaya A hari ini, mesti dibantu untuk melihat keseluruhan hidupnya di masa hadapan. Jangan hanya bijak akademik tetapi tidak bersedia menempuh realiti hidup. Untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan, bukan hanya akademik yang jadi bekalan. Sikap, kemahiran hidup dan kematangan dalam membuat keputusan harian, adalah sesuatu yang sering hilang prioriti. Oleh itu, gambaran akhir terhadap sesuatu itu mesti diambil kira.

Jadi anak dara sekalian yang mengambil medik mahupun apa-apa kerjaya anda,, take note ok. Anak teruna pun perlu take note juga. Ini merujuk kepada diri saya sendiri juga. Ya mama, saya sedang mencuba. :P

Tapi yang paling penting sebenarnya, bak kata penulis blog, pengakhiran yang akhir sekali. Ya, perancangan dunia memang penting, tetapi akhirat sama penting nya. Kerana di penghujung nanti, yang paling penting ialah keseimbangan dunia dan akhirat kita. Maka, semua benda perlu lah seimbang. Bukan berat badan je nak kene seimbang. :)





Sunday, March 14, 2010

even still


even if i dreamed of you,
the sweetest dream will never do,
i still miss you,
and i don't want to miss a thing.


Tuesday, March 9, 2010

part of your world :)

i have this feelings when i listen to this song.
the kind of urge to hear it more and more.
when i close my eyes when listening to it, it gets better.

it feels like the wind touches my face gently,
and my hair blew softly, just surrendering to the direction of the wind,
it's like walking on the beach alone,
and i can have the vast sea all by myself,
my own.

and my heart beats gracefully,
following the melody,
my mind sets calmly,
there's nothing to think about,
nothing to worry,
i just get drift away with each note.

feels like flying in the air,
and never to set my feet on the ground again.
as if i am able to breath again after having a bad stuffy nose,
as if the world becomes a better place to live in.

and when it all ended in a perfect way that a song could ever end,
i just start it all over again.



this video tak abis. dunno why this person tak upload abis2. but i got the complete song. it's one of my old childhood songs, masa tgh gila2 dgn duyung dulu. tapi never heard of this particular instrumental version. and i dare say, it's one of the best.

i know it's kind of lame, but lame is my last name :p

Thursday, March 4, 2010

sekejap?

sekejap ke? memang.
memang tak dinafikan.
pejam celik, tgk lusa dah sabtu.
adoi.
sekejap pun, saya rasa dah cukup.
cukup utk melepaskan rindu yang terpendam.
cukup utk buat saya tersenyum lebar.
cukup utk buat mereka senyum lebar.

sekarang ni cerita dodol.
ok. mesti tak paham.
american idol.
memang kalau dulu2, tatkala rumah ini penuh dgn anak2 dara,
maka ini merupakan aktiviti malam minggu, atau malam yg ada nya citer ni la.
tapi saya dah tak follow bape taun dah
dah bape johan dia yang saya tak kenal.
sekarang ni, kalau kami takde, maka hanya sepasang merpati sejoli je yang menonton nya.
tu pun kalau abah tak penat. malam ni, nampak macam dia penat.
kerana semua anak dara dah lari, kata mama.
bukan lari, cuma menjalankan amanah.
tapi sekembali nya saya ke tanah air tercinta, amanah kepada mereka berdua, akan saya teruskan. sekarang pun jalankan amanah juga, cuma berjauhan buat sementara.

tak kira la bape dodol saya dah tertinggal,
i think i will keep on counting it.
satu hari nanti, orang pun akan bosan dgn dodol,
maka wujudnya pelbagai realiti tv show yang lain.

eh, sedap la dia ni nyanyi.
ryan seacrest senyum manisss....
dia ni tak tua-tua ke? hahaha.

:P