Monday, March 15, 2010

begin with the end of mind.

Maka kerjaya mak saya sebagai seorang suri rumah ternyata tidak sia-sia. (selama ni pun mmg tak sia-sia). kerana pendapat nya boleh disamakan dgn orang-orang yang hebat di luar sana.

Saya akui, semasa saya pulang ke malaysia Sem yang lepas, perbualan kami antara anak dara dan ibunya tidak terlepas dari perkara-perkara dewasa.

Saya akui juga, sebenarnya saya kurang berminat dgn perkara yang terlalu dewasa. Lumrah alam, saya rasa saya masih muda, dan terlalu banyak perkara remeh yang lain yang saya fikirkan. Tetapi, setelah membaca satu post di sebuah blog yang tidak asing lagi, ia mengukuhkan teori dan pendapat mak saya.

Katanya, kita perlu bermula langkah dengan akhir di minda. atau dalam bahasa omputih nye "begin with the end of mind". Maksudnya, kita perlu ada visi dan misi dalam hidup kita, baru kehidupan kita terarah. ada tujuan. Saya lebih berminat dengan contoh-contoh yang dikemukakan oleh penulis blog.

“Kamu bercita-cita nak jadi apa bila dewasa nanti?”, saya bertanya kepada salah seorang peserta kursus motivasi. Baru tingkatan empat.

“Saya nak jadi doktor”, jawabnya penuh yakin. “Bagus. Kenapa nak jadi doktor?”, saya cuba menguji adik yang seorang ini.

“Saya suka menolong orang. Gembira melihat orang gembira”, katanya. “Apa yang kamu mesti lakukan untuk memastikan kamu boleh menjadi doktor?”, saya bertanya lagi.

“Oh, kena straight A”™s dalam subjek teras Sains. Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan”¦”, jawabnya. “Lagi?”, saya terus bertanya.

“Ko-kurikulum kena cemerlang. Kepimpinan mesti bagus”, sambung pelajar pintar tersebut.

“Itu sahaja? Ada apa-apa lagi yang tertinggal?”, saya menyambung soalan.

“Itu sahaja rasanya. Kenapa ustaz?”, pelajar tersebut mula rasa kurang selesa.

“Tadi kamu kata kamu suka menolong orang lain. Semua persediaan yang kamu sebutkan tadi, adalah untuk kamu menolong orang lain. Tetapi kamu tidak boleh menolong orang lain sebelum kamu menolong diri kamu sendiri!”, saya berkongsi pandangan.

“Maksud ustaz?”, pelajar tersebut semakin bingung. “Bagaimana dengan kemahiran memasak? Mengemas rumah? Melipat kain? Melayan kanak-kanak?”, saya melontar idea.

“Apa kena mengenanya semua itu dengan menjadi seorang doktor?”, tanya pelajar tersebut.

See.... percayalah adik. perkara-perkara tersebut memang penting. malah lecturer terhebat di dunia, mahupun buku medik terhebat pun tidak dapat mengajar kita perkara-perkara tersebut. Tapi apakah signifikan nya kemahiran tersebut di dalam hidup kita?

“Satu hari nanti, kamu tentu akan berkeluarga. Berkahwin dan beranak pinak. Kalau kamu hanya cekap menolong orang lain sebagai seorang doktor, tetapi gagal menolong diri sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, akhirnya kehidupan kamu akan tunggang langgang. Orang lain Baiti Jannati. Kamu nanti Baiti Naari! Naudhubillah”, saya membuat kesimpulan.

“Betul ke ustaz?”, tanya pelajar tersebut.

Betul dik. Mak akak pun cakap camtu. mak semua orang cakap camtu kot. Sama ada nak dengar ke tak nak. Lagi-lagi anak dara.

yang lebih saya tertarik;

Ya, semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar, soalan yang ditanya oleh penemuduga, semuanya tentang rumahtangga. Bila rancang nak ada anak ketiga, suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya”, saya tersenyum.

Doktor yang baik dan hebat ialah mereka yang dapat menguruskan kerjaya, agama rumahtangga dan keluarga dengan baik. Tu tak termasuk mak bapak mertua lagi. Nak jaga hati kakak abang ipar lagi. Anak sedara apa kes. Sepupu sepapat semua. Bila dah kahwin, semua benda kena amik kira. Ingat senang ke? Unless kita memang dah merancang untuk membujang sepanjang hayat which is Islam sendiri tak galakkan.

Sesiapa yang merancang nak sambung belajar sambil kahwin, lagi susah owwhh. Tapi it's possible. Sebab ramai yang dah berjaya buat pon. Life is a never ending learning process. kalau dah bercucu-cicit pun, apa salahnya kita masih lagi belajar di universiti pun. Janji perkara lain tidak terabai.

Hari ini mudah benar anak dara pergi ke universiti dan seterusnya menjadi seorang doktor, jurutera dan lain-lain, dalam keadaan satu apa pun skill rumahtangga tidak diketahuinya. Semuanya diuruskan oleh bibik dan supir. Yang lelaki usah kiralah…

Para pelajar yang kaya A hari ini, mesti dibantu untuk melihat keseluruhan hidupnya di masa hadapan. Jangan hanya bijak akademik tetapi tidak bersedia menempuh realiti hidup. Untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan, bukan hanya akademik yang jadi bekalan. Sikap, kemahiran hidup dan kematangan dalam membuat keputusan harian, adalah sesuatu yang sering hilang prioriti. Oleh itu, gambaran akhir terhadap sesuatu itu mesti diambil kira.

Jadi anak dara sekalian yang mengambil medik mahupun apa-apa kerjaya anda,, take note ok. Anak teruna pun perlu take note juga. Ini merujuk kepada diri saya sendiri juga. Ya mama, saya sedang mencuba. :P

Tapi yang paling penting sebenarnya, bak kata penulis blog, pengakhiran yang akhir sekali. Ya, perancangan dunia memang penting, tetapi akhirat sama penting nya. Kerana di penghujung nanti, yang paling penting ialah keseimbangan dunia dan akhirat kita. Maka, semua benda perlu lah seimbang. Bukan berat badan je nak kene seimbang. :)





5 comments:

  1. akak, ni sy nk tny,
    bagaimanakah caranya jika saya ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang sains rumahtangga di mesir

    ReplyDelete
  2. owh. yang ni saya tak tau. sebab ini bukan bidang kepakaran saya. adik boleh la menanya ustad2 terdekat yang lebih arif, atau kepada mereka yang sudah berpengalaman. :p

    ReplyDelete
  3. smua org boleh belajar dlm akademik.

    tp when it comes to lifeskill, ramai yg fail..

    sbb benda tu hnya bleh belajar through EXPERIENCEs.not books :)

    ReplyDelete
  4. in: experience comes through hardships

    fana: huhu. ada2. dulu-dulu kita amik KH ERT ada buat. :P skill tu boleh blaja. :p

    ReplyDelete