kalau ajal dan maut datang tanpa diduga,
kalau ajal dan maut itu di tangan-Mu
kalau ajal dan maut itu tak dapat dihalang,
kalau ajal dan maut itu sudah tiba,
kau jemputlah nyawa ku dalam keadaan ku bersedia dan beriman.
hanya kau lah tahu apa yang terbaik.
bukan untuk diriku sahaja, tapi bagi orang di sekeliling ku,
malah bagi seluruh umat manusia.
Biasanya kematian datangnya berturut-turut. mungkin bukan dalam hidup anda semua. tapi ianya bagi saya. kali terakhir saya mengalaminya semasa saya sekolah rendah dahulu. seorang demi seorang yang rapat dengan saya pergi meninggalkan dunia untuk selamanya. walaupun saya masih kecil, saya sudah paham. mungkin kerana saya yang sulung, ibu bapa saya tidak pernah menyimpan rahsia dari saya. mereka akan memastikan saya faham, apa makna kematian, apa makna kehidupan. kenapa orang meninggal, lepas meninggal pergi mana. maka, efek orang meninggal dunia amat mendalam pada saya.
saya melihat orang yang tersayang menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan saya.
melihat allahyarham mengerah segala kudrat untuk mengucap dua kalimah syahadah.
melihat sekujur badan yang sudah tidak bernyawa.
melihat jenazah dimandikan, dikapankan.
apatah lagi, orang tu yang kita sayang.
orang yang kita kenal.
lagi sedih, kalau kita tak sempat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.
saya ingat masa saya umur 5 tahun, abah kepada abah saya meninggal. (atuk)
dia meninggal kat mekah.
abah saya sangat sedih. tapi dia tak nangis. saya tak pernah nampak abah saya nangis.
mungkin abah saya sebagai ketua keluarga tidak mahu menunjuk kesedihan di depan kami sekeluarga. mungkin dia nangis di belakang kami.
saya tanya juga mak saya, abah nangis ke tak. mak saya pun cakap, setau dia, tak pernah nampak lagi. sungguh cekal abah saya ni.
lepas atuk saya meninggal, abah saya selalu cerita tentang atuk saya. dia kata, walaupun saya tak sempat kenal arwah atuk dengan lebih mendalam, malah adik2 di bawah saya, ada yang tak sempat jumpa, abah mahu kami kenal, siapa atuk kami. apa yang atuk pernah buat. pengorbanan dia. walaupun saya kurang kenal atuk, kasih sayang saya tetap ada dalam hati. malah, semua kebun2 peninggalan atuk, abah saya tak pernah abaikan. walaupun dia selalu busy dengan kerja2 pejabat. abah kata, pokok yang ditanam semua adalah impian atuk. maka, dia rasa bertanggung jawab, dan ingin meneruskan impian atuk.
baru-baru ni, sekali lagi saya rasa berlakunya kematian yang datang berturut-turut.
tapi yang peliknya, kesemua allahyarham bukanlah yang rapat dengan saya.
tapi kenapa perasaan ini begitu mendalam.
malah, saya berasa risau.
amat risau.
sangatlah risau dengan mereka yang tersayang yang jauh dari saya.
saya paling takut mimpi.
alhamdulillah, setakat ni mimpi saya semua indah2 belaka apabila berkenaan dengan mereka.
lega hati jugak bila dapat mimpi pasal mereka.
nampak wajah2 mereka tersenyum bahagia.
mungkin saya rindu sangat kot.
sekarang ni bukan orang yang tua atau sakit je boleh meninggal,
yang muda2 macam kita ni pun boleh.
ajal dan maut tak kira usia.
dalam kita mengejar dunia, kadang-kadang kita alpa.
saya tahu. saya lah orangnya.
maka, kita sentiasa perbaiki diri, di samping mengejar duniawi ni sume.
selagi kita ada masa ni, gunakanlah ia dengan orang tersayang,
walau jarak beribu batu, tu bukan alasan.
janganlah take people and things for granted.
kita taknak menyesal di kemudian hari.
if everything is written for us,
and all we got to do, is do our best,
then there's no need to worry,
for allah always, always know what's best for us :)
sebak hur...
ReplyDeleteanes xtahan dah..
tkot sgt pn ad..
rse mcm nk balek n nk peluk ibu ayah skg..
sjk anes da smpai sni..da 3 kematian..
1st spupu anes..
pastu mkck osmet anes..
pastu kwn anes sndri kt sni...
rse mcm...ntah...
bru seda kte idop hanye pinjaman yg Allah bg utk kte rse nikmat dunia..
tp kte lupe...n alpa...
sme2 kte jdi kn iktibar hur..
doakn yg tbaek tuk kte dan kwn2 kte..
klo wani x penah rasa, mesti x dpt feel pun bace post hur kali ni..
ReplyDeletelps sndr rase, baru tau..
anis: tu la anis. hur mmg dah sebak masa anis cerita. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. betul2. sama2 kita amik pengajaran dan tauladan. anis take care of yourself there ok.
ReplyDeletewaney: betul waney. klu tak rase tak paham.